SALAM PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE BLOG poiepdcariaku.blogspot.com

Terima kasih diucapkan kerana dapat meluangkan sedikit masa meninjau info dalam blog ini. Tujuan blog ringkas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Port Dickson sebagai tempat peranginan budget anda. Melalui blog ini nanti insyaallah anda akan dapat penginapan yang bagi saya bayarannya amatlah berpatutan berbanding penginapan lainnya. Sekiranya anda tercari2 dimana nak bermalam atau semua hotel telah habis ditempah, poiepdcariaku apartment sedia menanti panggilan
dari anda.


Khamis, 4 September 2014

MELAWAT TANAH DI TELUK KEMANG - PROJEK POTONG KAYU API

Bismillah... Assalammualaikum,

Pagi ini terasa hendak membersihkan kawasan tanah di Teluk Kemang. Ada pokok mati dan semak samun yang perlu di potong dan diterangkan. Kiri kanan tanah berjiran dengan rumah orang kampung, maka jika tidak dibersihkan tanah ini segala binatang akan berkumpul ke sini. Sikit-sikit mulakan menebas dan memotong diharapkan bersih dan tersusun tanah ini nanti....

Pemotong kayu - Chainsaw Husqvarna 340.






Niat nak potong kayu sampai habis tetapi mesin pulak meragam.. Salur minyak bocor dan engine jadi semput dan padam... Mesin dah berbelas tahun tak pernah tukar salur minyak... Kenalah hantar kedai repair... Bila mesin ok, sambung semula potong kayu untuk dibuat kayu api ..


Menyambung semula membersihkan tapak rumah selepas membaiki chainsaw.


Batang2 dan dahan2 kayu yang telah di potong dengan chainsaw dikumpulkan dan dibakar. Sesetengah kayu disimpan untuk dibuat kayu api.