MENYAMBUNG TEMBOK BATU GUNUNG
Assalammualaikum... Kali ini nak update pasal projek sambung tembok batu gunung di tanah Teluk Kemang. Tembok untuk halang hakisan tanah di tepi jalan masuk ke tapak tanah lot.
2 orang pekerja Indonesia sedang melakukan kerja2 membina tembok. Tembok disambung dalam 30kaki sahaja. Sebelumnya 80kaki panjang tembok sudah siap.
Tapak nursery didalam kawasan pagar di belakang pekerja Indonesia.
Hari pertama tembok sudah pun hampir siap . Gambar dibawah bodyguard yang mengikut..he.he..he..Lihat gambar2 lainnya yang akan di update.
Selain menyambung tembok batu gunung ini sepanjang 30kaki, longkang juga akan dibuat sepanjang 80kaki dan juga menyambung pagar sediada sepanjang 200kaki lagi. Kesemua kerja ini perlukan bayaran upah kepada pekerja Indonesia tersebut sebanyak RM5500.00 tidak masuk cost pembelian barang2. Alhamdulillah batu gunung tak perlu beli kerana ada lebihan batu dari projek tembok sebelumnya.
Bill pertama belian barang2 keperluan bina tembok.