SALAM PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE BLOG poiepdcariaku.blogspot.com

Terima kasih diucapkan kerana dapat meluangkan sedikit masa meninjau info dalam blog ini. Tujuan blog ringkas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Port Dickson sebagai tempat peranginan budget anda. Melalui blog ini nanti insyaallah anda akan dapat penginapan yang bagi saya bayarannya amatlah berpatutan berbanding penginapan lainnya. Sekiranya anda tercari2 dimana nak bermalam atau semua hotel telah habis ditempah, poiepdcariaku apartment sedia menanti panggilan
dari anda.


Rabu, 14 Oktober 2015

PROJEK NURSERY DI TELUK KEMANG 10/2015

MENYAMBUNG TEMBOK BATU GUNUNG

Assalammualaikum... Kali ini nak update pasal projek sambung tembok batu gunung di tanah Teluk Kemang. Tembok untuk halang hakisan tanah di tepi jalan masuk ke tapak tanah lot.
2 orang pekerja Indonesia sedang melakukan kerja2 membina tembok. Tembok disambung dalam 30kaki sahaja. Sebelumnya 80kaki panjang tembok sudah siap.


 Tapak nursery didalam kawasan pagar di belakang pekerja Indonesia.

Hari pertama tembok sudah pun hampir siap .  Gambar dibawah bodyguard yang mengikut..he.he..he..Lihat gambar2 lainnya yang akan di update.




Selain menyambung tembok batu gunung ini sepanjang 30kaki, longkang juga akan dibuat sepanjang 80kaki dan juga menyambung pagar sediada sepanjang 200kaki lagi. Kesemua kerja ini perlukan bayaran upah kepada pekerja Indonesia tersebut sebanyak RM5500.00 tidak masuk cost pembelian barang2. Alhamdulillah batu gunung tak perlu beli kerana ada lebihan batu dari projek tembok sebelumnya.


Bill pertama belian barang2 keperluan bina tembok.






Khamis, 4 September 2014

MELAWAT TANAH DI TELUK KEMANG - PROJEK POTONG KAYU API

Bismillah... Assalammualaikum,

Pagi ini terasa hendak membersihkan kawasan tanah di Teluk Kemang. Ada pokok mati dan semak samun yang perlu di potong dan diterangkan. Kiri kanan tanah berjiran dengan rumah orang kampung, maka jika tidak dibersihkan tanah ini segala binatang akan berkumpul ke sini. Sikit-sikit mulakan menebas dan memotong diharapkan bersih dan tersusun tanah ini nanti....

Pemotong kayu - Chainsaw Husqvarna 340.






Niat nak potong kayu sampai habis tetapi mesin pulak meragam.. Salur minyak bocor dan engine jadi semput dan padam... Mesin dah berbelas tahun tak pernah tukar salur minyak... Kenalah hantar kedai repair... Bila mesin ok, sambung semula potong kayu untuk dibuat kayu api ..


Menyambung semula membersihkan tapak rumah selepas membaiki chainsaw.


Batang2 dan dahan2 kayu yang telah di potong dengan chainsaw dikumpulkan dan dibakar. Sesetengah kayu disimpan untuk dibuat kayu api.




Ahad, 26 Ogos 2012

Assalammualaikum tuan-puan,

Untuk pengetahuan semua, buat masa ini saya tidak lagi menyewakan apartment ini secara harian kerana bekerja jauh dan sukar untuk uruskan kemasukan customer. Jadi saya telah menyewakan secara bulanan apartment ini dan telahpun diduduki oleh penyewa... Harap maklum....                                                                                     TERIMA KASIH....:-)

Selasa, 28 September 2010

SYARAT-SYARAT DAN BAYARANNYA.

Bayaran sewaan harian yang termampu oleh anda semua.
Berbaloi untuk percutian anda ke Port Dickson. Tiada yuran atau lain-lain charge yang tersembunyi. Deposit RM50.00 diperlukan ( Dipulangkan sekira tiada kerosakan atau kehilangan barang )

Syarat-syarat seperti dibawah.

Terbuka untuk semua tertakluk kepada sesiapa dibenarkan sahaja. Keutamaan kepada 'muslim yang sudah bekeluarga sahaja'.

Kadar sewaan seperti dibawah:

Hari biasa

Flat Rate = RM 180 per Night.

Discount untuk booking lebih dari semalam = RM150 per Night.

Cuti Sekolah ( School Holiday )

Flat Rate = RM 220 per Night.

Discount untuk booking lebih dari semalam = RM200 per Night.

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau online ke no. akaun seperti dibawah;

CARA BAYARAN ,

Bayar deposit RM50.00 + BERAPA MALAM MENGINAP ( contoh ; 3Hari 2Malam, RM150 X 2 = RM300 , tambah deposit RM50.00 anda perlu bayar RM350.00. Deposit dipulangkan semasa check out nanti)

Maybank 156169058550 TUTUP SEMENTARA (Sila call no diatas)

Cimb 0508-0088064-52-0 TUTUP SEMENTARA

Nama : Badrul Hisham Bin Yusop.

SILA SMS / EMAIL/ CALL SEKIRANYA PEMBAYARAN TELAH DIBUAT ONLINE.

Waktu Masuk & Waktu Keluar.

Check in ditetapkan pada pukul 2.00 petang manakala check out pula pada pukul 12.00 tengahhari. Waktu ini membolehkan saya mengemas bilik sekiranya terdapat tempahan lain selepas anda. Walaubagaimanapun anda boleh check in awal dan check out selewat pukul 3.00 petang sekiranya tiada tempahan lain bergantung budi bicara.

Jika perlukan lebih bilik untuk aktiviti family day atau pakej lain2 boleh juga diuruskan. Harga pula mungkin berbeza disebabkan oleh permintaan dari tuan lain2 bilik tersebut. Walau bagaimanapun masih boleh dirunding.

'APARTMENT 2 BILIK UNTUK ANDA'

KEMUDAHAN bilik yang ditawarkan saya sendiri 'ratekan' sebagai 3 bintang.
Apa yang ada adalah seperti mana yang ditawarkan oleh rata-rata hotel taraf 3 bintang.
Di bilik 1 disediakan 2 katil bujang serta beraircond manakala di bilik 2 disediakan katil kelamin juga beraircond. Kedua-dua bilik dikemaskan lagi dengan almari baju dan cermin serta gambar.

Selain dari itu di ruang tamu disediakan meja makan, sofa, tv dan kipas remote. Bahagian dapur pula terdapat peti sejuk, cabinet , pemanas air tanpa kemudahan memasak ( safety reason ). Bilik air pula bertile serta bertandas mangkuk. Pemanas air juga disediakan supaya anda tidak kesejukan waktu pagi.

Di balcony pula anda boleh melihat panorama landscape kolam. Disediakan kerusi rehat supaya anda boleh bersantai dengan tenang setelah penat bersiar-siar di pantai atau pulang dari pokan Port Dickson. Dengan 'poiepdcariaku' bilik yang disediakan memang selesa dan semua termampu...
Bilik 1.
Bilik 2.
Ruang Tamu, Dapur & Balcony.

Jumaat, 24 September 2010

POIE PD DAN MENGINAP DI PD PERDANA CONDO RESORT

Kemudahan:
1- Kolam renang kanak-kanak dan dewasa.
2- Jogging track.
3- Meeting room
4- Dan lain-lain lagi.



PD PERDANA CONDO RESORT terletak mukim Si Rusa, Negeri sembilan.


Lokasinya berhampiran dengan PD Golf Country & Resort, Hospital Port Dickson , Selesa Beach Resort dan Tanjung Tuan Regency. Boleh dikatakan berada di tengah antara Pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana(Batu 4).

Kolam renang memang selesa untuk kanak-kanak dan orang dewasa.. Tapi jika nak mandi laut kenalah pergi ke Teluk Kemang atau Pantai Saujana(Batu 4)...

Mengenai makan2, tiada kemudahan restauran atau gerai makanan di PD Perdana Apartment ini. Sekiranya anda ingin menjamu selera, saya cadangkan anda keluar ke Teluk Kemang atau ke Pekan Port Dickson. Disana banyak gerai makanan dan seafood restaurant. Pada hari sabtu pula anda boleh membeli makanan di pasar malam batu 4 ( berhampiran Pantai Saujana ). Bermacam makanan boleh didapati disini. Walaubagaimanapun diluar pagar apartment pun ada warung makanan. Jika anda bungkus dan bawa balik ke apartment pastikan jaga kebersihan dengan buang sampah kedalam tong yang disediakan. Terima Kasih.