SALAM PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE BLOG poiepdcariaku.blogspot.com

Terima kasih diucapkan kerana dapat meluangkan sedikit masa meninjau info dalam blog ini. Tujuan blog ringkas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Port Dickson sebagai tempat peranginan budget anda. Melalui blog ini nanti insyaallah anda akan dapat penginapan yang bagi saya bayarannya amatlah berpatutan berbanding penginapan lainnya. Sekiranya anda tercari2 dimana nak bermalam atau semua hotel telah habis ditempah, poiepdcariaku apartment sedia menanti panggilan
dari anda.


Jumaat, 24 September 2010

POIE PD DAN MENGINAP DI PD PERDANA CONDO RESORT

Kemudahan:
1- Kolam renang kanak-kanak dan dewasa.
2- Jogging track.
3- Meeting room
4- Dan lain-lain lagi.



PD PERDANA CONDO RESORT terletak mukim Si Rusa, Negeri sembilan.


Lokasinya berhampiran dengan PD Golf Country & Resort, Hospital Port Dickson , Selesa Beach Resort dan Tanjung Tuan Regency. Boleh dikatakan berada di tengah antara Pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana(Batu 4).

Kolam renang memang selesa untuk kanak-kanak dan orang dewasa.. Tapi jika nak mandi laut kenalah pergi ke Teluk Kemang atau Pantai Saujana(Batu 4)...

Mengenai makan2, tiada kemudahan restauran atau gerai makanan di PD Perdana Apartment ini. Sekiranya anda ingin menjamu selera, saya cadangkan anda keluar ke Teluk Kemang atau ke Pekan Port Dickson. Disana banyak gerai makanan dan seafood restaurant. Pada hari sabtu pula anda boleh membeli makanan di pasar malam batu 4 ( berhampiran Pantai Saujana ). Bermacam makanan boleh didapati disini. Walaubagaimanapun diluar pagar apartment pun ada warung makanan. Jika anda bungkus dan bawa balik ke apartment pastikan jaga kebersihan dengan buang sampah kedalam tong yang disediakan. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan